MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 17 Disember 2009 dan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di sekitar kawasan Kota Bharu. Pada tanggal 28 Julai 2010, syarikat ini telah menukar namanya kepada Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri melalui nombor lessen KPL/LN 6356.

Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang bergerak aktif di bawah Persatuan Agensiagensi Pelancongan & Pengembaraan Malaysia (MATTA). Malah pihak kami juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Syarikat ini diterajui oleh En. Noor Fazzle Bin Mohd Zawawi dan En. Wan Amirul Arif Bin W Mustapa @ Wan Shafie serta dibantu oleh seramai enam orang kakitangan pengurusan.

Berbekalkan modal yang kecil, syarikat ini memulakan perniagaan pengangkutan melalui sebuah bas charter dan mengorak langkah ke hadapan dengan mengeluarkan modal yang lebih besar bagi menambah bilangan kenderaan yang sedia ada.

Hasilnya, kini Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd telah mempunyai, bas persiaran, sewaan van dan sewaan kereta. Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh 100% bumiputera. Syarikat kami terdiri daripada pasukan pengurusan yang bersemangat, berpengetahuan dan berpengalaman dalam industri pelancongan dan pengangkutan.